Pages

17 January 2018

CARA TURUNKAN PARAS KOLESTROL

Kurangkan Kolesterol Dengan Mudah



Ramai yang beranggapan hanya orang gemuk sahaja yang akan mengidap kolesterol tinggi.
Akan tetapi tahukah anda bahawa mengikut rekod hospital, peratusan orang kurus yang mengidap kolesterol kini juga tinggi. Ini kerana kolesterol ialah asid lemak yang tinggal di dalam salur darah. Jadi dia boleh ada dalam salur darah siapa sahaja sama ada orang itu gemuk atau kurus.

Kolesterol adalah bahan melekit seakan-akan lemak yang terdapat didalam darah dan disetiap sel dalam badan anda. Ia bersifat lembut dan berminyak serta tidak berbau. Kolesterol boleh didapati di otak, sistem saraf, hormon sex, kulit, hati, usus dan limpa. Jadi, manusia memang memerlukan kolesterol di dalam proses biologi cumanya dalam kuantiti yang rendah sahaja.

Organ manusia yang menghasilkan kolesterol adalah HATI, antara 800 - 1000mg sehari kolesterol dihasilkan di hati. Pakar kesihatan Amerika menyarankan, pengambilan harian perlu dihadkan sebanyak 300mg sahaja. Jadi, haruslah memilih corak pemakanan yang seimbang agar kolesterol dapat dikawal.

JENIS-JENIS KOLESTEROL

a) KOLESTEROL LDL ( LOW DENSITY LIPOPROTEIN)

Dikenali sebagai KOLESTEROL JAHAT. Ia mengangkut paling banyak kolesterol dalam darah. Tingginya kadar LDL menyebabkan pemendapan kolesterol dalam arteri. Kolesterol jenis ini juga merupakan faktor risiko utama penyakit jantung.

b) KOLESTEROL HDL (HIGH DENSITY LIPOPROTEIN)

Juga dikenali sebagai KOLESTEROL BAIK dan tidak berbahaya. Ia mengangkut kolesterol lebih sedikit dari LDL dan ia digelar BAIK kerana dapat membuang lebihan kolesterol jahat di pembuluh darah arteri kembali ke hati untuk diproses dan dibuang. HDL mencegah LDL dari mendap di arteri dan melindungi pembuluh darah dari proses Aterosklerosis (terbentuknya plak pada dinding pembuluh darah)

GEJALA AKIBAT KOLESTEROL TINGGI

Kebanyakan orang dengan kolesterol tinggi tidak mempunyai tanda-tanda atau gejala. Anda dan doktor anda tidak akan dapat mengesannya, walaubagaimana pun antara gejala yang mungkin berlaku adalah seperti berikut:

Angin iaitu sakit dada atau ketidakselesaan akibat aterosklerosis pembuluh darah koronari Intermittent claudication iaitu rasa sakit pada bahagian betis apabila berjalan pada jarak tertentu. Hal ini berlaku kerana aterosklerosis pembuluh darah di kaki yang menyebabkan penyumbatan di salur darah dan seterusnya menghalang pengedaran darah yang lancar.

Stroke atau mini stroke berlaku apabila darah beku atau pendarahan (salur darah pecah) di bahagian tertentu otak. Ini menyebabkan bahagian otak yang terlibat akan hilang fungsi dan kelumpuhan anggota berlaku.

Plak pecah boleh menyebabkan berlakunya trombosis koronari dan penyumbatan aliran darah ke jantung iaitu serangan jantung.

Xanthoma iaitu ketulan kuning pada kulit terutama di sekitar mata. Ketulan kuning ini disebabkan oleh penggumpulan lemak dan biasanya menyebabkan kolesterol tinggi dalam darah. Xanthoma selalunya terjadi terutama di kalangan mereka dengan hiperkolesterolemia familial

CARA MENCEGAH DIRI DARI MENDAPAT KOLESTEROL TINGGI

Berikut ada beberapa cara pencegahan daripada dijangkiti oleh KOLESTEROL TINGGI.

Faktor keturunan dan diet mempunyai pengaruh penting terhadap paras HDL, LDL dan total cholesterol seseorang. Diet yang tinggi lemak tepu dan kolesterol meningkatkan paras kolesterol LDL dalam darah. Kebanyakan individu dapat mencegah kolesterol tinggi dengan mengikuti saranan berikut:

✔️Berhenti merokok
✔️Makan lebih produk susu.
✔️Makan makanan berserat tinggi (sayuran, gandum, kekacang dan buah-buahan), rendah lemak (mengelakkan daging merah dan kuning telur) dan karbohidrat rendah (mengelakkan gula ringkas).
✔️Menurunkan Berat Badan (Capai Body Mass Index yang optima. Beri tumpuan untuk mengurangkan lemak di perut).
Senaman 30 minit sehari, sekurang-kurangnya 5 hari seminggu
✔️Makan ubat yang disyorkan oleh doktor
✔️Ubat untuk menurunkan paras kolesterol harus diambil hanya selepas konsultasi doktor. 

Anda juga boleh mengamalkan makanan tambahan seperti Suplement Shaklee bagi mengatasi masalah ini.Ianya tentulah lebih mudah diamalkan.

Photocol St mengandungi Filosterol.tumbuhan sterols dan stenoils yang terdapat dalam sel membran tumbuhan.DIKENALI SEBAGAI CHOLESTEROL BLOCKER.




Omega Guard mengandungi asid lemak omega 3 yang sangat berkesan untuk menurunkan  kadar kolesterol selain mengandungi DHA dan EPA.

TESTIMONI DARI PENGGUNA





untuk info lanjut hubungi saya :

📱msg/whatsapp: 016.844.1163
✍ pm fb: Alezra Alez
✉ email: umiefezie@gmail.com
IG : alez_alezra
ID : 878606

Setiap pembelian supplement Shaklee dengan saya, akan mendapat FREE CONSULTATION! jadi, jangan lepaskan peluang

Terima Kasih

11 comments:

  1. Elak kolestrol tinggi dengan vitamin ini

    ReplyDelete
  2. Xmau makan pill try vivix pun boleh kan2? Tq sharing..

    ReplyDelete
  3. Sharing yg bermanfaat.tq ya sis

    ReplyDelete
  4. Bahaya kolestrol kalau tidak jaga makan minum kita nanti penyakit 3 serangkai pula..😬

    ReplyDelete
  5. Bahaya kolestrol ni. Mesti mau control. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  6. Tak semestinya org gemuk kena kolesterol kan sis

    ReplyDelete
  7. kolestrol ni kadang2 nda perasan pun tinggi sudah. mau kena hati2 dan selalu cek juga ni.

    ReplyDelete
  8. jangan lupa..shaklee ada Omega Gurad, Phytocol dan Lecithin untuk bantu tutunkan paras kolesterol. dapatkan sekrang.

    ReplyDelete
  9. Bahaya ni kolesterol tinggi. Macam2 penyakit boleh datang. Ambil la shaklee banyak manfaat utk jaga paras kolesterol dlm badan

    ReplyDelete

© Umie Fezie | Design By MH