Uniknya perjalanan menjadi seorang ibu. Pengalaman setiap ibu tak sama, ada yang mudah dan ada yang diuji dengan pelbagai komplikasi semasa mengandung dan proses melahirkan.
Trauma & fobia bagi yang ada pengalaman luka jahitan yang banyak dan teruk. Ada kes yang luka terbuka akibat daripada pergerakan yang agresif/lasak disebabkan hal-hal tertentu.
Bagi kelahiran secara normal, berkemungkinan luka koyakan pada faraj apabila proses bayi keluar adalah tinggi jika tidak melakukan teknik bersalin yang betul. Selain daripada itu, episiotomi dilakukan apabila saiz bayi yang besar dan sukar dikeluarkan. Walaubagaimana pun episiotomi adalah pilihan terakhir kerana kesannya pada ibu sangat menyakitkan.
Bagi luka jahitan bersalin normal secara puratanya mengambil masa 2 - 4 minggu untuk sembuh, tetapi ia bergantung kepada individu kerana mungkin ada yang mengambil masa yang lebih lama disebabkan faktor-faktor seperti berikut:
Punca Luka Jahitan Lambat Sembuh
- Jangkitan kuman – Jagaan rapi pada bahagian jahitan perlu diberi keutamaan. Jika tidak, jahitan tak dapat melekat dengan baik dan lambat kering dengan sempurna
- Kulit kering & merekah - Komplikasi sewaktu pembedahan seperti ‘prolong labour’ akan menyebabkan kulit kering & merekah.
- Kurang zat makanan - Pemakanan perlu dijaga untuk pastikan sistem imuniti di paras normal terutama pengidap kencing manis. Mereka perlu pastikan tahap gula dalam darah terkawal untuk proses penyembuhan cepat. Vitamin C sangat penting untuk luka cepat kering dan digalakkan mengambil multivitamin selepas bersalin
- Kulit perut tebal - Peluh berkumpul dan kuman membiak terutama di tempat yang dibedah berlipat
- Hilang banyak darah semasa proses bersalin - Tubuh mudah dijangkiti kuman dan luka jahitan bersalin lambat kering kerana turut hilang sel darah merah bersama sel darah putih. Sel darah putih penting untuk melawan jangkitan
- Kebersihan diri - Sangat penting! Elakkan sikap takut mencuci luka kerana kuman akan membiak
- Jenis benang jahitan - Jahitan menggunakan benang yang cepat menyerap sedangkan kulit belum bercantum dengan baik
- Jenis tisu di kawasan luka – Sesetengah orang mempunya jenis tisu yang nipis, sangat sensitif dan mudah terkoyak
- Doktor yang kurang pengalaman - Teknik jahitan menyebabkan simpulan tidak elok. Biasanya parut atau keloid terjadi disebabkan reaksi tubuh pada luka. Vitamin E dan pure protein yang saya amalkan sangat membantu untuk masalah parut keloid
Langkah-langkah Luka Jahitan Cepat Sembuh
1) Kawal Pergerakan
Berjalan dengan langkah yang kecil & perlahan. Mak eboo akan pesan 'kepitkan kaki bila berjalan, duduk atau mencangkung'. Bila nak duduk, turunkan lutut dahulu diikuti dengan punggung. Alaskan dengan bantal yang lembut supaya lebih selesa.
🙅 Elakkan berjalan laju
🙅 Elakkan duduk bersila
🙅 Elakkan duduk di atas lantai
2) Jaga Kebersihan Terutama di Bahagian Vagina
Kebersihan di bahagian vagina sangat penting selepas dijahit. Ini kerana jika tidak dijaga dengan baik, akan menyebabkan bau busuk dan jangkitan kuman senang merebak. Pastikan selepas ke tandas, basuh dengan air suam sampai bersih & keringkan dengan tisu (dap jangan rub luka). Kerap tukar pad bila perlu.
3) Sitz Bath (Rendaman air garam)
Doktor tidak menggalakkan untuk mencuci kawasan vagina dengan dettol/sabun pembersih kewanitaan tetapi boleh menggunakan kaedah air garam berikut. Ambil segenggam garam kasar dan larutkan di dalam satu jag air panas. Kemudian campurkan dengan air biasa supaya campuran tersebut menjadi suam dan tuangkan di dalam besen. Duduk di dalam besen selama 10-15 minit.
4) Guna Ice Pack
Letakkan ice pack pada kain yang bersih dan lembut kemudian letakkan pada luka yang dijahit. Ais akan menyebabkan kawasan luka rasa kebas dan akan mengurangkan sakit serta bengkak.
5) Amalkan Senaman Kagel
Kagel adalah senaman kemutan untuk menguatkan semula otot-otot pelvis. Selain daripada itu, ia juga dapat mengelakkan peranakan jatuh dan boleh menggalakkan peredaran darah ke kawasan vagina yang akan membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.
6) Elakkan Sembelit
Sembelit ketika berpantang adalah salah 1 trauma bagi ibu-ibu sekalian. Pengambilan air yang banyak dan makan makanan yang tinggi serat/fiber (kurma, prune, orange, epal etc). Selain itu, pengambilan ostematrix juga sangat membantu masalah sembelit bagi ibu berpantang.
Meneran menyebabkan tekanan yang tinggi di bahagian bawah boleh mengakibatkan luka meregang dan terbuka. Membayangkan sahaja sembelit ketika berpantang dah rasa ngilu 😖
7) Pemakanan sihat & Suplemen/Vitamin
Pengambilan buah oren (vitamin C) boleh membantu penyembuhan luka dengan cepat. Ambil sehari sebiji buah oren yang tidak sejuk. Selain makan makanan berpantang yang sihat, pengambilan set berpantang Shaklee sangat memuaskan. Pengalaman saya melahirkan anak ke-2 dan ke-3 dengan Set Pantang Shaklee sangat memuaskan
read more : set berpantang shaklee
Selain daripada set pantang, saya teruja nak share berkenaan dengan pengambilan VIVIX yang membuatkan luka jahitan bersalin cepat sembuh.
Secara ringkasnya, Vivix adalah minuman botanikal yang kaya dengan polifenol dan resveratrol yang dapat membantu membaik pulih sel-sel yang rosak. Semasa proses kelahiran bayi, terdapat banyak sel telah mengalami kerosakan atau kecederaan. Vivix telah membantu ramai ibu yang mengalami kesakitan akibat luka jahitan lepas bersalin sembuh seawal 3 hari.
Lihat pula pengakuan ibu-ibu yang mengalami pelbagai situasi semasa berpantang ⇩⇩⇩
untuk info lanjut hubungi saya :
📱msg/whatsapp: 016.844.1163
✍ pm fb: Alezra Alez
✉ email: umiefezie@gmail.com
IG : alez_alezra
ID : 878606
Setiap pembelian supplement Shaklee dengan saya, akan mendapat FREE CONSULTATION! jadi, jangan lepaskan peluang
Vivix sangat membantu menyembuhkan luka dengan cepat 👍
ReplyDelete