Pages

16 April 2018

CARA MENGATASI MASALAH SAKIT TUMIT

Sakit tumit boleh dialami sesiapa sahaja. Tetapi ramai yang mengambil mudah tentang sakit tumit sehinggalah keadaan menjadi bertambah buruk. Sakit tumit ketika bangun tidur di waktu pagi boleh menyebabkan seseorang sukar untuk berjalan. Apakah punca sakit tumit dan bagaimana cara hilangkan sakit tumit kaki?




Sakit tumit atau di dalam bahasa perubatannya ialah Plantar Fascitis adalah penyakit yang dialami pada bahagian tumit. Sakit ini kerap dialami oleh orang dewasa dan boleh merasai kesakitan hingga seluruh tapak kaki serta buku lali. Simptom sakit tumit sering berlaku akibat berlaku radang pada tisu pelantar (tendonitis) yang membentuk lengkuk pada tapak kaki. Di samping itu, kemerosotan degeneratif (tendinosis) dan aktiviti normal seperti berjalan terlalu lama atau berlari juga boleh menyebabkan sakit tumit berlaku.

Kebiasaannya, sakit tumit akan menjadi kritikal ketika bangun tidur di waktu pagi. Hal ini kerana, ketika bangun tidur tisu pelantar menjadi ketat. Berjalan dapat meregangkan kembali tisu tersebut. Oleh sebab itu, selepas berjalan beberapa langkah, kesakitan akan berkurangan. Namun, sekiranya pesakit berdiri terlalu lama atau berjalan terlalu lama, sakit tumit tersebut akan kembali.

Punca Punca Berlakunya Sakit Tumit (Plantar Fascitis)

Terdapat beberapa punca akibat masalah kesihatan yang boleh menyebabkan sakit tumit berlaku. Diantaranya ialah:

  1. Plantar Fascitis
    • Berlaku radang pada tisu yang dikenali sebagai plantar fascia. Hal ini disebabkan stress yang kronik pada kaki. Contohnya berjalan kaki dalam jarak yang terlalu jauh.
  2. Calcaneal Spur
    • Tumbuh tulang yang tajam pada tulang kalkeneal. Tulang ini boleh mencederakan tisu disekeliling tulang tersebut ketika pesakit berjalan.
      Tulang tajam pada hujung tumit
  3. Pad lemak pasa kaki mengecut (Fat Pad Atrophy).
  4. Sindrom terowong tarsal.
    • Terowong tarsal terletak pada bahagian dalam buku lali. Apabila saraf tibial terhimpit di dalam terowong tarsal, tumit akan mulai sakit.
  5. Keretakan pada tulang kalkaneal disebabkan stress berulang.
  6. Ketumbuhan pada tulang.

Tanda tanda Mengalami Sakit Tumit

  1. Rasa sakit apabila bangun dari tidur dan mula berjalan.
  2. Sakit apabila duduk atau berdiri lama.
  3. Sakit kebiasaannya akan hilang apabila kaki sudah bergerak lama, namun sekiranya ia semakin kronik, sakit akan datang semula apabila berjalan terlalu lama.
  4. Sakit tumit tidak menunjukkan tanda merah atau bengkak kelihatan pada tumit.

Cara Hilangkan Sakit Tumit Kaki 

 Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan sebagai cara hilangkan sakit tumit. Diantaranya ialah:
#1. Lakukan terapi ais.
  • Terapi ais dengan meletakkan ais pada tapak kaki boleh mengurangkan rasa sakit tumit.

#2. Rehat. 

  • Sakit tumit boleh berkurang apabila berehat. Berhenti daripada melakukan aktiviti aktiviti seperti jogging, berdiri terlalu lama dan berjalan terlalu lama yang boleh memberi tekanan pada tisu fiber.

#3. Lakukan senaman dan regangan. 

  • Senaman ringan dan regangan kaki boleh dilakukan untuk melonggarkan tisu disekeliling tumit. Ia elok dilakukan pada setiap pagi dan petang untuk mengelakkan saraf pada tumit terhimpit.

#4. Pakai pelapik kasut yang menyokong tapak kaki. 

  • Meletakkan pelapik kasut yang bersesuaian di dalam kasut adalah cara berkesan untuk merawat sakit tumit. Pelapik kasut boleh menyokong lengkok kaki dan boleh mengurangkan tekanan pada tisu plantar. Di samping itu, ia boleh memberi keselesaan kepada pesakit ketika ingin melakukan aktiviti sukan.

#5. Pakai kasut khas.

  • Penggunaan kasut khas yang boleh menyokong lengkok kaki dan boleh mengurangkan kecederaan tisu plantar amat digalakkan. Pemilihan kasut yang terlalu rata atau bertumit tinggi boleh menyebabkan tisu fiber tercedera ketika berjalan.

#6. Pengambilan vitamin yang boleh menguatkan tulang dan melancarkan pergerakkan sendi. 

  • Terdapat beberapa jenis vitamin yang boleh menyokong kesihatan tulang dan sendi seperti kalsium, omega-3, DHA dan EPA.

Pengambilan Vitamin Shaklee Sebagai Cara Hilangkan Sakit Tumit Kaki


#1. OmegaGuard

Asid lemak omega-3 adalah lemak ‘baik’ yang diperlukan untuk menyokong fungsi normal tubuh. Omega-3 telah dikaji secara meluas tentang manfaatnya terhadap kesihatan sendi.

  • EPA dan DHA berfungsi untuk mengurangkan keradangan dengan mengurangkan pengeluaran enzim yang menghakis rawan dan penyebab sakit sendi.
  • Omega -3 juga memainkan peranan penting dalam:
    • Mengekalkan ketumpatan mineral tulang.
    • Menggalakkan pergerakan sendi, fleksibiliti, mengurangkan kekejangan, bengkak dan kesakitan.
    • Mengurangkan keradangan.
    • Bertindak sebagai pelincir 







📱msg/whatsapp: 016.844.1163
✍ pm fb: Alezra Alez
✉ email: umiefezie@gmail.com
IG : alez_alezra
ID : 878606

Setiap pembelian supplement Shaklee dengan saya, akan mendapat FREE CONSULTATION! jadi, jangan lepaskan peluang


Terima Kasih

14 April 2018

Cara Atasi Masalah sembelit Selepas Bersalin

Masalah sembelit sering dihadapi oleh kebanyakkan orang tidak mengira usia. Antara golongan yang sering hadapi masalah sembelit adalah kanak-kanak, wanita selepas bersalin, ketika hamil serta bayi. Hari ini saya hendak membincangkan cara mengatasi masalah sembelit di kalangan orang dewasa samada lelaki atau perempuan,wanita selepas bersalin serta ketika hamil.
Ciri-ciri diserang SEMBELIT.




Anda mengalami sembelit sekirannya mempunyai simptom-simpton seperti di bawah:
  • Kurang membuang air besar – kekerapan membuang air besar kurang daripada 3 kali seminggu
  • Najis yang dihasilkan daripada pembuangan adalah keras dan berketul
  • Meneran semasa buang air besar. Pembuangan air besar hanya berjaya dilakukan dengan meneran sepenuh tenaga.
  • Rasa tidak puas walaupun selepas membuang air besar. Sanggup duduk lama di dalam tandas kerana berasa tidak puas membuang air besar.

PUNCA SEMBELIT
  • Pemakanan tidak seimbang – pola pemakanan yang kurang serat dan air, terlalu banyak makan makanan yang telah diproses.
  • Pengambilan ubat-ubatan atau jamu yang boleh menyebabkan sembelit.
  • Tidak bersenam antara punca yang menyebabkan berlakunya sembelit. Gaya hidup zaman sekarang yang sentiasa mengejar masa membuatkan rutin senaman diabaikan.
  • Tabiat ke tandas yang kurang baik (suka bertangguh untuk ke tandas). Sering bertangguh untuk ke tandas walaupun telah merasakan gesaan untuk membuang air besar. Bertangguh akan membuatkan anda tidak selesa dan mengakibatkan desakan untuk membuang air besar semakin berkurangan.
  • Kurang minum air kosong – pengambilan air kosong sehari adalah minimun 3L sehari
  • Banyak makan makanan berlemak serta manis – kebanyakkan makanan di Malaysia adalah jenis berlemak dan manis, jadi sebagai pengguna perlu bijak memilih makanan yang sihat.
  • Kurang makan makanan berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

CARA ATASI SEMBELIT
  • Amalkan pemakanan seimbang, lebihkan serat dan air dalam menu harian. Tambahkan pengambilan makanan tambahan seperti kalsium, alfalfa untuk melancarkan proses detoksifikasi. Kalsium boleh membantu melembutkan najis, manakala Alfalfa pula membantu dalam pelawasan dan proses detoksifikasi.
  • Elakkan pengambilan ubat-ubatan dan jamu yang boleh mengakibatkan sembelit. Pilih makanan tambahan yang semulajadi yang tidak mempunyai kesan sampingan.
  • Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk merangsang usus yang sangat bagus untuk melancarkan proses pembuangan.
  • JANGAN BERTANGGUH! Segera ke tandas apabila merasakan desakan untuk membuang air besar. Jangan jadikan sibuk sebagai alasan untuk tidak ke tandas.

Namun jika anda sukar untuk melakukan aktiviti serta mengamalkan pemakanan yang betul kerana kekangan masa serta sibuk dengan urusan seharian, shaklee mempunyai supplement yang dapat membantu anda mengatasi masalah sembelit iaitu OSTEMATRIX








Bagaimana ostematrik membantu dalam mengatasi masalah sembelit?
Kandungan utama di dalam OSTEMATRIX adalah;
  • kalsium
  • magnesium
  • vitamin D
  • boron
  • manganese, copper, zink
Bahan yang membantu dalam mengatasi masalah sembelit adalah MAGNESIUM
Bagaimana magnesium membantu mengatasi masalah sembelit?
Magnesium meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa berlakunya peristalsis (gerakan dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus). Peristalsis juga menolak makanan ke perut.
Efek ini berlaku melalui dua mekanisme:
1. Magnesium merehatkan otot dalam usus – ia membantu membentuk kesan lebih lembut yang mengurangkan sembelit.
2. Magnesium ‘menarik’ air - ia meningkatkan kandungan air dalam usus dan membolehkan usus berfungsi dengan baik.
Disebabkan magnesium akan ‘menarik’ air, anda dinasihatkan untuk minum air yang banyak setelah mengambil supplement OSTEMATRIK.
Kepada mereka yang mengalami masalah sembelit sangat digalakkan untuk mencuba OSTEMATRIX Shaklee.

Hubungi saya:

whatsapp /call/sms 0168441163  sekarang untuk mengatasi masalah sembelit yang dihadapi. Jika bertangguh dikuatiri kebarangkalian akan menhadapi buasir adalah tinggi. Terima kasih.

Read More : skincare bahan semulajadi

Ibu muda ni serik nak beranak lagi sebab pengalaman berpantang yang teruk masa anak anak pertama kerana mengalami masalah sembelit yang teruk? Jadi apa yang beliau buat untuk atasi masalah sembelit beliau? jom tengok


Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Terima Kasih

© Umie Fezie | Design By MH