Pages

Showing posts with label OMEGA GUARD. Show all posts
Showing posts with label OMEGA GUARD. Show all posts

23 April 2018

MINYAK IKAN TULEN BERKEPEKATAN TINGGI



Antara pelbagai lemak yang ada, terdapat satu yang anda tidak boleh kurangkan iaitu :
  • Asid lemak penting OMEGA-3 , di mana tubuh anda tidak mampu hasilkan sendiri. Dua jenis utama adalah EPA dan DHA, penting untuk kesihatan manusia.






6 Sebab mengapa perlu pilih Shaklee OMEGA GUARD


1. Mengandungi 7 spektrum lengkap asid lemak omega-3 tulen

- Omega Guard membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen seperti EPA, DHA & banyak lagi, yang biasanya ditemui secara semula jadi dalam ikan kecil di habitat lautan dalaman air sejuk.

- Spektrum lengkap asid lemak perlu OMEGA-3 dengan ketulenan tinggi adalah nutrien yang anda perlukan untuk badan yang kuat dan sihat.

2. Mempunyai DHA dan EPA yang tinggi


- Satu sajian memberikan 990mg asid lemak omega 3 (546mg EPA yang bermanfaat untuk kesihatan anda, 360mg DHA yang penting untuk perkembangan fungsi normal tubuh).

3. Penyulingan Molekul Berganda

- Untuk memastikan ketulenan dan kepekatan, minyak ikan di dalam Omega Guard menjalani proses moden Penyulingan Molekul Tiga Peringkat yang memekatkan asid lemak Omega-3 dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti raksa, plumbub, kadmium, arsenik dioksin, PBC dan lain-lain bahan cemar.

(Info tambahan daripada nutrionist Shaklee, katanya tak semua pengeluar minyak ikan menggunakan penyulingan proprietari tiga molekul, Kalau ada pun hanya penyulingan 1x atau 2x.

Kenapa? sebab penyulingan proprietari tiga molekul ni merupakan satu proses yang mahal. Shaklee sahaja yg melalui penyulingan 3x sbb nak berikan yg terbaik utk pembeli2nya.)

Wahhh, Shaklee memang selalu beri yang TERBAIK. Sebab itu, harganya setara dgn KUALITI bukan jauh melampau mahal yer. MAMPU MILIK. :)

4. Minyak Ikan Ultratulen & Bergred Farmaseutikal






- Keselamatan & Kualiti Terjamin

5. Bau dan rasa hanyir yang minimum







6. Sahabat Laut  (Pensijilan oleh Friends of the Sea©)



- Diiktiraf oleh Friend of the Sea untuk membantu memastikan bekalan berterusan minyak ikan berkualiti tinggi yang stabil untuk produk Shaklee tanpa menjejaskan alam sekitar.

Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti :-
  • Mengurangkan tekanan emosi
  • Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
  • Membantu memperbaiki masalah autism
  • Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
  • Mengurangkan masalah schizophrenia
  • Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak
Anda perlu mengambil Omega Guard Shaklee sekiranya anda:

- Ibu hamil (perkembangan otak bayi dalam kandungan, kurangkan risiko lahir bayi pramatang dan mengurangkan alahan bayi slepas bayi dilahirkan)
  • Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega-3 ini penting untuk pembentukan otak dan mata bayi. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.
- Ibu menyusu (perkembangan otak bayi)
  • Pengambilan dan tambahan asid lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan perkembangan otak dan mata bayi. Ia dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD) atau autisme.

- Kanak-kanak (Usia 0-6 tahun adalah peringkat umur yang sangat kritikal dimana pertumbuhan otak yang pintar memerlukan makanan yg kaya dgn asid lemak Omega 3, DHA dan EPA. dan bagus utk sistem imunisasi kanak2,asma,eczema)
  • Kalau anda rasa anda senang demam, mudah mengantuk kat kelas, ada penyakit asma, alergy.. or nak anak pintar, beli lah Omega Guard ni untuk anak anda.
- Individu yang ingin mengawal berat badan (Omega-3 meningkatkan hormone Leptine yg mengawal selera makan dan membakar lemak lebih cepat)
  • Membantu meningkatkan paras hormon Leptin iaitu hormon penting dalam pengawalan selera makan. 
  • Leptin akan menghantar signal kepada otak untuk mengehadkan rasa lapar. 
  • Leptin juga boleh meningkatkan metabolisma badan. Bila metabolisma meningkat, semakin cepatlah LEMAK JAHAT dibakar. 
  • Dalam satu kajian di Australia menunjukkan mereka yang bersenam dan mengambil asid lemak Omega-3 lebih banyak membakar lemak berbanding mereka yang hanya bersenam tanpa mengambil asid lemak Omega 3.
- Pengambilan 3 biji Omega Guard sehari selepas makan mampu memberi rasa kurang lapar kepada anda.
  • Berfungsi membakar lemak dan meningkatkan metabolisma
- Kajian dilakukan di Jepun & Czech Republic mencadangkan bahawa Omega-3 mampu menghalang pembentukan lemak badan & menggalakkan pembakaran lemak dengan cepat.
  • Membantu masalah perut buncit dan obesiti.
  • Kesimpulannya Omega-3 mampu mengurangkan selera makan disamping membakar lemak dengan cepat.
- Individu yg ingin meningkatkan kepekaan , daya ingatan dan kecekapan kerja.
  • Untuk perkembangan otak serta bantu penghantaran signal dalam otak kita.
- Lelaki yg mementingkan kesihatan (memelihara dari penyakit jantung, strok, obesiti, kencing manis dan banyak lagi)
  • mengandungi rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semula jadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain lain.
  • membantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung
  • memelihara kesihatan otak, penglihatan serta fungsi-fungsi sendi
- Wanita yg mementingkan kecantikan (flawless skin)
  • Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
  • Omega-3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dan lain-lain.

- Kesihatan tulang dan sendi
  • mengurangkan radang sendi


untuk info lanjut hubungi saya : 

📱msg/whatsapp: 016.844.1163
✍ pm fb: Alezra Alez
✉ email: umiefezie@gmail.com
IG : alez_alezra
ID : 878606

Setiap pembelian supplement Shaklee dengan saya, akan mendapat FREE CONSULTATION! jadi, jangan lepaskan peluang

Terima Kasih

16 April 2018

CARA MENGATASI MASALAH SAKIT TUMIT

Sakit tumit boleh dialami sesiapa sahaja. Tetapi ramai yang mengambil mudah tentang sakit tumit sehinggalah keadaan menjadi bertambah buruk. Sakit tumit ketika bangun tidur di waktu pagi boleh menyebabkan seseorang sukar untuk berjalan. Apakah punca sakit tumit dan bagaimana cara hilangkan sakit tumit kaki?




Sakit tumit atau di dalam bahasa perubatannya ialah Plantar Fascitis adalah penyakit yang dialami pada bahagian tumit. Sakit ini kerap dialami oleh orang dewasa dan boleh merasai kesakitan hingga seluruh tapak kaki serta buku lali. Simptom sakit tumit sering berlaku akibat berlaku radang pada tisu pelantar (tendonitis) yang membentuk lengkuk pada tapak kaki. Di samping itu, kemerosotan degeneratif (tendinosis) dan aktiviti normal seperti berjalan terlalu lama atau berlari juga boleh menyebabkan sakit tumit berlaku.

Kebiasaannya, sakit tumit akan menjadi kritikal ketika bangun tidur di waktu pagi. Hal ini kerana, ketika bangun tidur tisu pelantar menjadi ketat. Berjalan dapat meregangkan kembali tisu tersebut. Oleh sebab itu, selepas berjalan beberapa langkah, kesakitan akan berkurangan. Namun, sekiranya pesakit berdiri terlalu lama atau berjalan terlalu lama, sakit tumit tersebut akan kembali.

Punca Punca Berlakunya Sakit Tumit (Plantar Fascitis)

Terdapat beberapa punca akibat masalah kesihatan yang boleh menyebabkan sakit tumit berlaku. Diantaranya ialah:

  1. Plantar Fascitis
    • Berlaku radang pada tisu yang dikenali sebagai plantar fascia. Hal ini disebabkan stress yang kronik pada kaki. Contohnya berjalan kaki dalam jarak yang terlalu jauh.
  2. Calcaneal Spur
    • Tumbuh tulang yang tajam pada tulang kalkeneal. Tulang ini boleh mencederakan tisu disekeliling tulang tersebut ketika pesakit berjalan.
      Tulang tajam pada hujung tumit
  3. Pad lemak pasa kaki mengecut (Fat Pad Atrophy).
  4. Sindrom terowong tarsal.
    • Terowong tarsal terletak pada bahagian dalam buku lali. Apabila saraf tibial terhimpit di dalam terowong tarsal, tumit akan mulai sakit.
  5. Keretakan pada tulang kalkaneal disebabkan stress berulang.
  6. Ketumbuhan pada tulang.

Tanda tanda Mengalami Sakit Tumit

  1. Rasa sakit apabila bangun dari tidur dan mula berjalan.
  2. Sakit apabila duduk atau berdiri lama.
  3. Sakit kebiasaannya akan hilang apabila kaki sudah bergerak lama, namun sekiranya ia semakin kronik, sakit akan datang semula apabila berjalan terlalu lama.
  4. Sakit tumit tidak menunjukkan tanda merah atau bengkak kelihatan pada tumit.

Cara Hilangkan Sakit Tumit Kaki 

 Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan sebagai cara hilangkan sakit tumit. Diantaranya ialah:
#1. Lakukan terapi ais.
  • Terapi ais dengan meletakkan ais pada tapak kaki boleh mengurangkan rasa sakit tumit.

#2. Rehat. 

  • Sakit tumit boleh berkurang apabila berehat. Berhenti daripada melakukan aktiviti aktiviti seperti jogging, berdiri terlalu lama dan berjalan terlalu lama yang boleh memberi tekanan pada tisu fiber.

#3. Lakukan senaman dan regangan. 

  • Senaman ringan dan regangan kaki boleh dilakukan untuk melonggarkan tisu disekeliling tumit. Ia elok dilakukan pada setiap pagi dan petang untuk mengelakkan saraf pada tumit terhimpit.

#4. Pakai pelapik kasut yang menyokong tapak kaki. 

  • Meletakkan pelapik kasut yang bersesuaian di dalam kasut adalah cara berkesan untuk merawat sakit tumit. Pelapik kasut boleh menyokong lengkok kaki dan boleh mengurangkan tekanan pada tisu plantar. Di samping itu, ia boleh memberi keselesaan kepada pesakit ketika ingin melakukan aktiviti sukan.

#5. Pakai kasut khas.

  • Penggunaan kasut khas yang boleh menyokong lengkok kaki dan boleh mengurangkan kecederaan tisu plantar amat digalakkan. Pemilihan kasut yang terlalu rata atau bertumit tinggi boleh menyebabkan tisu fiber tercedera ketika berjalan.

#6. Pengambilan vitamin yang boleh menguatkan tulang dan melancarkan pergerakkan sendi. 

  • Terdapat beberapa jenis vitamin yang boleh menyokong kesihatan tulang dan sendi seperti kalsium, omega-3, DHA dan EPA.

Pengambilan Vitamin Shaklee Sebagai Cara Hilangkan Sakit Tumit Kaki


#1. OmegaGuard

Asid lemak omega-3 adalah lemak ‘baik’ yang diperlukan untuk menyokong fungsi normal tubuh. Omega-3 telah dikaji secara meluas tentang manfaatnya terhadap kesihatan sendi.

  • EPA dan DHA berfungsi untuk mengurangkan keradangan dengan mengurangkan pengeluaran enzim yang menghakis rawan dan penyebab sakit sendi.
  • Omega -3 juga memainkan peranan penting dalam:
    • Mengekalkan ketumpatan mineral tulang.
    • Menggalakkan pergerakan sendi, fleksibiliti, mengurangkan kekejangan, bengkak dan kesakitan.
    • Mengurangkan keradangan.
    • Bertindak sebagai pelincir 







📱msg/whatsapp: 016.844.1163
✍ pm fb: Alezra Alez
✉ email: umiefezie@gmail.com
IG : alez_alezra
ID : 878606

Setiap pembelian supplement Shaklee dengan saya, akan mendapat FREE CONSULTATION! jadi, jangan lepaskan peluang


Terima Kasih

08 January 2018

TAK PERLU NEBULIZER SELEPAS AMALKAN OMEGA GUARD


APA ITU NEBULIZER?



Nebulizer merupakan alat untuk membantu pencairan kahak / slump yg ada di rongga dada. Kebanyakan anak kecil yang tidak pandai buang kahak sendiri (0- 5 thn) yang memerlukan alat ini.

Jadi untuk entri kali ini saya akan kongsikan dengan ibu-ibu tentang kebaikan Omega Guard yang melegakan batuk dan mencairkan kahak . 

Batuk berkahak atau selsema dikaitkan dengan mukus. Mukus ialah sejenis cecair licin yang membantu melindungi dan melempabkan mulut, hidung, peparu, tekak dan tisu penghadaman. Jika mukus berlebihan, ia akan menganggu sistem pernafasan menyebabkan hidung tersumbat, sukar bernafas dan nafas berbunyi.




Omega Guard merupakan suplemen minyak ikan yang berkualiti tinggi dan dihasilkan daripada ikan air laut dalam sejuk yang dipilih dengan terperinci dan sangat berkualiti. Ia disuling sebanyak 3x sebab tu ia bukan seperti omega lain. 

Omega Guard mengandungi asid lemak Omega-3 yang secara semulajadinya boleh meningkatkan sistem imunisasi dan menyihatkan paru-paru. Ia bertindak dengan mencairkan kahak dan mengurangkan keradangan. Hingus juga lebih cepat kering. Oleh itu sangat membantu bagi anak-anak yang ada masalah bronkitis dan juga asma. 

Bila mengamalkan Omega Guard, anak-anak juga lebih sukar untuk dijangkiti selsema dan batuk. Walaubagaimanapun, Omega Guard ini hanya boleh diambil oleh kanak-kanak berusia setahun keatas. Bagi yang usia bawah setahun dan masih menyusu badan, ibu yang disarankan untuk mengambil Omega Guard.

Omega Guard juga mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk otak. Ia membantu meningkatkan keupayaan ingatan dan daya pembelajaran. Oleh itu ia sangat sesuai untuk dijadikan makanan tambahan bagi kanak-kanak yang sedang membesar.

Jadi memang tidak syak lagi Omega guard boleh membantu anda atau anak-anak anda pulih daripada batuk, selesema dan batuk berkahak, juga batuk berulang.

mari kita lihat sebahagian testimoni ini









untuk info lanjut hubungi saya :

📱msg/whatsapp: 016.844.1163
✍ pm fb: Alezra Alez
✉ email: umiefezie@gmail.com
IG : alez_alezra
ID : 878606

Setiap pembelian supplement Shaklee dengan saya, akan mendapat FREE CONSULTATION! jadi, jangan lepaskan peluang

Terima Kasih

05 January 2018

PROMOSI SHAKLEE JANUARI 2018


PROMOSI TAHUN BARU 2018

Omega Guard

Omega Guard adalah minyak ikan tulen Shaklee yang membekalkan asid lemak Omega 3 untuk keperluan seisi keluarga termasuk:

✔️Bayi dalam kandungan (disalurkan melalui ibu)
✔️Bayi menyusu (disalurkan melalui penyusuan)
✔️Kanak-kanak
✔️Remaja
✔️Dewasa
✔️Warga Emas

Manfaatnya terlalu banyak:

✔️Kesihatan jantung
✔️Kesihatan sendi
✔️Kecantikan dan kesihatan kulit
Menyokong dan memelihara fungsi dan kecerdasan otak
✔️Mengawal paras kolesterol dan tekanan darah yang normal
✔️Mencegah strok
✔️Kesihatan mata
Dan banyak lagi

Melalui promosi Januari 2018, pembelian 3 botol Omega Guard pada 5% diskaun. Best kan.

Kenapa Omega guard shaklee terbaik?

Melindungi Jantung Anda
Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. 

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.



Oleh itu jangan lupa dapatkan promosi OMEGA GUARD BELI 3 DENGAN DISKAUN 5%…promo kali ini sangat jimat beli 3 botol sekali gus. Tak sangka Shaklee buat promo mampu best macam ni

Satu botol Omega Guard ini ada 90 biji yang mana bertahan 1 hingga 3 bulan lamanya. sangat sesuai untuk ahli keluarga kalu nak beli, bolehlah bagitahu Alez yer 

untuk info lanjut hubungi saya :

📱msg/whatsapp: 016.844.1163

✍ pm fb: Alezra Alez

✉ email: umiefezie@gmail.com

IG : alez_alezra

ID : 878606

Setiap pembelian supplement Shaklee dengan saya, akan mendapat FREE CONSULTATION! jadi, jangan lepaskan peluang






Terima Kasih

© Umie Fezie | Design By MH