Pages

16 April 2018

CARA MENGATASI MASALAH SAKIT TUMIT

Sakit tumit boleh dialami sesiapa sahaja. Tetapi ramai yang mengambil mudah tentang sakit tumit sehinggalah keadaan menjadi bertambah buruk. Sakit tumit ketika bangun tidur di waktu pagi boleh menyebabkan seseorang sukar untuk berjalan. Apakah punca sakit tumit dan bagaimana cara hilangkan sakit tumit kaki?




Sakit tumit atau di dalam bahasa perubatannya ialah Plantar Fascitis adalah penyakit yang dialami pada bahagian tumit. Sakit ini kerap dialami oleh orang dewasa dan boleh merasai kesakitan hingga seluruh tapak kaki serta buku lali. Simptom sakit tumit sering berlaku akibat berlaku radang pada tisu pelantar (tendonitis) yang membentuk lengkuk pada tapak kaki. Di samping itu, kemerosotan degeneratif (tendinosis) dan aktiviti normal seperti berjalan terlalu lama atau berlari juga boleh menyebabkan sakit tumit berlaku.

Kebiasaannya, sakit tumit akan menjadi kritikal ketika bangun tidur di waktu pagi. Hal ini kerana, ketika bangun tidur tisu pelantar menjadi ketat. Berjalan dapat meregangkan kembali tisu tersebut. Oleh sebab itu, selepas berjalan beberapa langkah, kesakitan akan berkurangan. Namun, sekiranya pesakit berdiri terlalu lama atau berjalan terlalu lama, sakit tumit tersebut akan kembali.

Punca Punca Berlakunya Sakit Tumit (Plantar Fascitis)

Terdapat beberapa punca akibat masalah kesihatan yang boleh menyebabkan sakit tumit berlaku. Diantaranya ialah:

  1. Plantar Fascitis
    • Berlaku radang pada tisu yang dikenali sebagai plantar fascia. Hal ini disebabkan stress yang kronik pada kaki. Contohnya berjalan kaki dalam jarak yang terlalu jauh.
  2. Calcaneal Spur
    • Tumbuh tulang yang tajam pada tulang kalkeneal. Tulang ini boleh mencederakan tisu disekeliling tulang tersebut ketika pesakit berjalan.
      Tulang tajam pada hujung tumit
  3. Pad lemak pasa kaki mengecut (Fat Pad Atrophy).
  4. Sindrom terowong tarsal.
    • Terowong tarsal terletak pada bahagian dalam buku lali. Apabila saraf tibial terhimpit di dalam terowong tarsal, tumit akan mulai sakit.
  5. Keretakan pada tulang kalkaneal disebabkan stress berulang.
  6. Ketumbuhan pada tulang.

Tanda tanda Mengalami Sakit Tumit

  1. Rasa sakit apabila bangun dari tidur dan mula berjalan.
  2. Sakit apabila duduk atau berdiri lama.
  3. Sakit kebiasaannya akan hilang apabila kaki sudah bergerak lama, namun sekiranya ia semakin kronik, sakit akan datang semula apabila berjalan terlalu lama.
  4. Sakit tumit tidak menunjukkan tanda merah atau bengkak kelihatan pada tumit.

Cara Hilangkan Sakit Tumit Kaki 

 Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan sebagai cara hilangkan sakit tumit. Diantaranya ialah:
#1. Lakukan terapi ais.
  • Terapi ais dengan meletakkan ais pada tapak kaki boleh mengurangkan rasa sakit tumit.

#2. Rehat. 

  • Sakit tumit boleh berkurang apabila berehat. Berhenti daripada melakukan aktiviti aktiviti seperti jogging, berdiri terlalu lama dan berjalan terlalu lama yang boleh memberi tekanan pada tisu fiber.

#3. Lakukan senaman dan regangan. 

  • Senaman ringan dan regangan kaki boleh dilakukan untuk melonggarkan tisu disekeliling tumit. Ia elok dilakukan pada setiap pagi dan petang untuk mengelakkan saraf pada tumit terhimpit.

#4. Pakai pelapik kasut yang menyokong tapak kaki. 

  • Meletakkan pelapik kasut yang bersesuaian di dalam kasut adalah cara berkesan untuk merawat sakit tumit. Pelapik kasut boleh menyokong lengkok kaki dan boleh mengurangkan tekanan pada tisu plantar. Di samping itu, ia boleh memberi keselesaan kepada pesakit ketika ingin melakukan aktiviti sukan.

#5. Pakai kasut khas.

  • Penggunaan kasut khas yang boleh menyokong lengkok kaki dan boleh mengurangkan kecederaan tisu plantar amat digalakkan. Pemilihan kasut yang terlalu rata atau bertumit tinggi boleh menyebabkan tisu fiber tercedera ketika berjalan.

#6. Pengambilan vitamin yang boleh menguatkan tulang dan melancarkan pergerakkan sendi. 

  • Terdapat beberapa jenis vitamin yang boleh menyokong kesihatan tulang dan sendi seperti kalsium, omega-3, DHA dan EPA.

Pengambilan Vitamin Shaklee Sebagai Cara Hilangkan Sakit Tumit Kaki


#1. OmegaGuard

Asid lemak omega-3 adalah lemak ‘baik’ yang diperlukan untuk menyokong fungsi normal tubuh. Omega-3 telah dikaji secara meluas tentang manfaatnya terhadap kesihatan sendi.

  • EPA dan DHA berfungsi untuk mengurangkan keradangan dengan mengurangkan pengeluaran enzim yang menghakis rawan dan penyebab sakit sendi.
  • Omega -3 juga memainkan peranan penting dalam:
    • Mengekalkan ketumpatan mineral tulang.
    • Menggalakkan pergerakan sendi, fleksibiliti, mengurangkan kekejangan, bengkak dan kesakitan.
    • Mengurangkan keradangan.
    • Bertindak sebagai pelincir 







📱msg/whatsapp: 016.844.1163
✍ pm fb: Alezra Alez
✉ email: umiefezie@gmail.com
IG : alez_alezra
ID : 878606

Setiap pembelian supplement Shaklee dengan saya, akan mendapat FREE CONSULTATION! jadi, jangan lepaskan peluang


Terima Kasih

10 comments:

  1. Omega guard dan ostematrix mmg terbaik membantu masalah sakit tumit.

    ReplyDelete
  2. Penuh info sharing ni. Saya suka
    Tq sharing

    ReplyDelete
  3. Dulu masa umur bawah 20, saya pernah selalu sakit tumit. Memang sakit sangat sebab masa tu berat badan “terberat” sikit huhu Thanks for the info.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah banyak membantu saya dua vitamin ni.

    ReplyDelete
  5. Info sgt padat. Tau dah kenapa tumit saya sakit😍
    TQ.

    ReplyDelete
  6. Saya suka dengan gabungan omega dan Ostematrix ni

    ReplyDelete

© Umie Fezie | Design By MH