GLA Complex Shaklee adalah antara vitamin yang menjadi kesukaan ramai wanita baik anak dara, yang dah berkahwin mahupun warga emas. Boleh dikatakan mereka amat sukakannya sehingga menjadi salah satu supplement wajib makan setiap hari.
Kenapa GLA dikatakan teman baik untuk wanita? Berikut adalah 5 kelebihan yang boleh didapati dalam 1 botol GLA khusu untuk wanita.
1. Melegakan simptom PMS dan senggugut
Kandungan GLA yang terdiri daripada kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E berfungsi untuk melegakan kesakitan semasa datang haid, tidak kira sakit senggugut teruk ataupun sekadar lenguh-lenguh pinggang.
2. Memudarkan parut dan jeragat
GLA juga boleh membantu dalam memudarkan dan menghilangkan jeragat dan kulit kusam. Antara faktor jeragat adalah termasuk hormon yang tidak stabil dan terlalu banyak aktiviti luar yang mendedahkan kulit terhadap cahaya matahari. GLA mengandungi vitamin E yang membantu dalam memudarkan parut dan buat kulit lebih berseri dan cerah sekata serta memperbaiki tekstur kulit.
3. GLA menstabilkan kitaran haid
Fungsi utama GLA adalah untuk menstabilkan hormon. Kitaran haid yang tidak teratur adalah salah satu kesan akibat hormon yang tidak stabil. Kesan langsung daripada itu adalah berlakunya masalah kesuburan, dan sukar untuk merancang kehamilan.
4. Membantu menambahkan kesuburan
GLA adalah merupakan antara Top Vitamin untuk kesuburan. Ramai isteri yang merancang untuk hamil menggunakan GLA sebagai supplement tambahan untuk menambahkan kesuburan. GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Ada wanita yang mengeluarkan cecair tersebut tetapi ianya tidak cukup subur, Ada wanita langsung tidak mengeluarkan cecair tersebut dan itu tanda anda tidak subur.Cecair serviks yang subur & berkualiti ini dikenali sebagai mukus serviks. Mukus serviks berbentuk putih telur (egg white cervical mucus)"dan ianya sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Cecair subur ini juga membantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio.
5. GLA mengecilkan cyst
GLA juga mengandungi antioksidan melalui kandungan Vitamin E yang terdapat di dalamnya. Oksidan menghalang sebarang pembentukan sel yang tidak sihat dan meningkatkan sistem imun badan. Antara faktor penyebab cyst adalah hormon tidak stabil, genetik dan diet yang kurang sihat. GLA membantu menstabilkan hormon dan mengelakkan cyst membesar sehingga pecah dan menyebabkan pendarahan yang teruk.
saya on semula ambil GLA selepas saya bersalin ogos tahun lepas unutk memastikan hormon kembali lebih baik selepas bersalin.
ReplyDeleteKawan Saya makan GLA untuk stabilkan hormon, jadinya pregnant. Baru juga bersalin beberapa hari lepas
ReplyDeleteSaya amik GLA utk stabilkan hormon..alhamdulillah. berkesan.
ReplyDeleteKulit lebih moist ya!
ReplyDeleteStabilkan hormon & peluang subur tu tinggi kan
ReplyDeleteSuka makan GLA ni. Time lepas beranak hari tu, 6 bulan nda datang period. Risau jg sbb tempoh menyusu exclusive baby tamat suda. So high risk jg takut lekat. So time ni amalkan GLA bulan sept, oct period datang suda. I likee... senang mau planning
ReplyDeleteYg masalah period nda stabil ambil la GLA ni bagus
ReplyDeleteBagus untuk stabilkan hormon wanita
ReplyDeleteGLA bantu stabilkan hormon wanita
ReplyDeleteGLA ni lama suda dalam pasaran tp nama EPO, yang Shaklee punya lagi pure lagi berkesan. Memang best ambil ni
ReplyDeleteAntioksidan tinggi ni
ReplyDeleteSaya ambil gla sihatkan ovum merancang utk ke2
ReplyDelete